Wednesday, January 26, 2011

PERKARA 2 : DAKWAH MODEN. DAKWAH KE DAKYAH ?

maybe ramai yang baca ni dah pon nampak menda ni.


sumber dari sini.



statement yang agak bangang ni telah m'buatkan aku berfikir sejenak. bukan tentang setuju atau tidak penyataan di atas, tetapi tentang WTF nya admin page ni tulis statement macam ni. aku xtahu apakah maksudnya. mungkin dia jgk tidak bersetuju, tetapi saja nak tengok reaksi umum. atau mungkin dia bersetuju dan merupakan pengskodeng tegar FASHA SANDHA. aku tak tawu. tapi itu bukan perkara yang aku nk soalkan. 

Yang nak aku persoalkan sekarang, perlukah anak-anak melayu sekarang disalahkan tentang perkara ni ? mungkin perlu la sebab kebanyakkan dari kita tidak ada inisiatif sendiri untuk lebih belajar ilmu2 agama. hanya pendidikan agama secara formal di sekolah saja yang membentuk keperibadian muslim sekarang. Ok, memang tidak semua, tetapi kebanyakkannya begitu. aku sendiri tergolong dalam golongn yang tak berinisiatif itu. tetapi, keinginan untuk belajar ilmu agama itu tetap ada. kerana aku islam. jadi langkah yang paling mudah bagi aku ialah menonton lambakkan filem-filem melayu yang kini lebih bergenrekan keagamaan. tapi filem-filem seperti ini kadangkala buat aku rasa jijik. Dan bagi anak muda yang berinisiatif sebegini. sedarlah. ini bukan cara untuk belajar tentang agama.

kenapa? jom buka minda kita.

sumber : google
ana dahlia
sumber : google

tak bengang ke tgk poster die?
sumber : google

google jugak


aku dah tgk filem yang kat atas tu. 'aku masih dara' tu, belum lagi. bkn tak sempat. kat you tube pon ada. tp tak ada keinginan.  aku hanya tampilkan dua. malas nk google cari pic. MAAF. 

kedua-dua filem ini bertemakan keagamaan. bersifat dakwah mungkin. sangat mulia BUKAN tujuannya. filem-filem seperti inilah yang pada pandangan aku membentuk fikiran anak remaja sekarang. pandangan anak muda sekarang terhadap agama. "tidak mengapa separuh bogel, asalkan niat dia baik". "tidak mengapa berpeluk ciom sesama bukan mahram, asalkan bagi tujuan dakwah". Apa ? ingat hukum islam ni macam tanah liat ke boleh bentuk-bentuk ikot suka hati ? sejahil-jahil aku, aku tahu dalam islam, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. tetapi ada pengecualiannya yang mana tidak langsung menghalalkan peluk ciom sebagai sumber rezeki atau untuk tujuan dakwah. kerana perkara-perkara itu jelas dan setiap yang bergelar islam dah tahu hukumnya adalah HARAM. harap pengamal-pengamal filem melayu dapat sedar akan hal ini dan mula menampilkan filem2 dakwah yang betul2 bersifat dakwah. bukan dakyah yang menjahanamkan pemikiran anak-anak melayu.

Assalamualaikum.

P/S 1 : aku tidak berniat menimbulkan sentimen anti filem melayu, kerana terdapat filem-filem melayu yang menjadi kegemaranku.

P/S 2 : i'm still new. haha.




Thursday, January 20, 2011

PERKARA 1 : AKU. SAYA. HAMBA. PATIK.

assalamualaikum.
seperti yang aku bentangkan pada header di atas, blog ini akn mnceritakan pandangan aku terhadap segala kejadian yang berlaku di dunia. sama ada kejadian, kejahilan, kebodohan, kepandaian, dan segala "ke__an" lagi yang berlaku depan mata aku, belakang mata aku ( kalau ada depan, mst ada belakang ). aku tak pandai menulis. tetapi terlalu banyak yang aku simpan. yang aku rasa aku patut luahkan. cita-citaku untuk menyertai sebilangan kecil masyarakat maya yang prihatin yang ambil peduli akan kejadian-kejadian yang patut dikritik@dipuji, yang patut ditentang@disokong. jgn nilai aku berdasarkan bahasa penulisan aku, kerana bahasa bukanlah subjek kegemaranku. aku tak cuba menjadi hero. aku xkejar follower yang bribu2. cuma mahu cari sahabat yang mempunyai pandangan sepertiku. sahabat yang tidak akan lupa daratan. sahabat yang bingkas menentang jika ditekan. MENCARI SEBUAH REVOLUSI YANG AKU PERCAYA TELAH DICIPTA.

SUMBER : GOOGLE


Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

"usman awang - melayu "