assalamualaikum.
seperti yang aku bentangkan pada header di atas, blog ini akn mnceritakan pandangan aku terhadap segala kejadian yang berlaku di dunia. sama ada kejadian, kejahilan, kebodohan, kepandaian, dan segala "ke__an" lagi yang berlaku depan mata aku, belakang mata aku ( kalau ada depan, mst ada belakang ). aku tak pandai menulis. tetapi terlalu banyak yang aku simpan. yang aku rasa aku patut luahkan. cita-citaku untuk menyertai sebilangan kecil masyarakat maya yang prihatin yang ambil peduli akan kejadian-kejadian yang patut dikritik@dipuji, yang patut ditentang@disokong. jgn nilai aku berdasarkan bahasa penulisan aku, kerana bahasa bukanlah subjek kegemaranku. aku tak cuba menjadi hero. aku xkejar follower yang bribu2. cuma mahu cari sahabat yang mempunyai pandangan sepertiku. sahabat yang tidak akan lupa daratan. sahabat yang bingkas menentang jika ditekan. MENCARI SEBUAH REVOLUSI YANG AKU PERCAYA TELAH DICIPTA.
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
"usman awang - melayu "

No comments:
Post a Comment